Categories
ASAS SAINS KOMP & RBT

BAB 1 – 1.1.1 KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

BAB 1 – KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Apa itu PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL?

Boleh menonton penerangan oleh Cikgu Jiha  peserta Akademik YouTuber Guru Malaysia batch ke-3.  Mohon berilah sokongan agar beliau terus dapat menerbitkan video-video pendidikan yang lebih menarik dan bermanfaat. jangan lupa like and subscribe.

Pemikiran Komputasional (Computational Thinking atau CT) merupakan satu kemahiran yang boleh diguna pakai untuk memahami bagaimana sesuatu perkara itu boleh terjadi dengan sistematik dan logik

Ia membolehkan kita untuk mengambil masalah yang kompleks, memahami masalah sebenar dan membangunkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin boleh untuk diguna pakai.

1.1.1 TEKNIK DALAM PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

1.1.1 Menerangkan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman corak, Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) dalam pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah

TEKNIK LERAIAN (DECOMPOSITION)

Teknik Leraian dalam pemikiran komputasional bermaksud meleraikan atau memecahkan satu masalah yang besar dan kompleks kepada masalah-masalah yang kecil supaya mudah diurus dan difahami.

Tujuannya adalah untuk memudahkan proses meneliti dan memahami masalah yang sebenar secara terurus

Lihat rajah berikut, cuba leraikan bahagian daripada rajah ini

Aktiviti 1

 

1. Pemegang (handle)

2. Tayar

3. Tempat duduk (seat)

4. Rangka basikal

5. Rantai basikal

6. Tempat kayuh

7. Skru basikal

 

Sila Uji Pemahaman Anda

LATIHAN 1

1.  Nyatakan empat teknik pemikiran komputasional. [ TP1 ]

—-> bersambung