Categories
PEND.ISLAM & PEND.MORAL

INDAHNYA TAJWID (MAKHRAJ HURUF)

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

ARAHAN :

  1. SILA BACA NOTA YANG DIPAPARKAN HINGGA HABIS
  2. SALIN NOTA & CUBA LUKIS IKUT GAMBAR
  3. TONTON VIDEO HINGGA HABIS
  4. RAKAM SUARA CARA MENYEBUT SETIAP HURUF
  5. HANTAR GAMBAR NOTA & RAKAMAN SUARA DI SINI

 

Pada pertemuan Ke-3 ini, kita akan mempelajari ilmu tajwid berkenaan MAKHRAJ HURUF.
  • Makhraj adalah daripada perkataan Bahasa Arab (Kharaja) yang bermaksud tempat keluar.

Kharaja = Keluar

Makhraj = Tempat Keluar

Makraj Huruf : “Tempat Keluar Huruf-huruf Al-Quran”

Jika dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pronunciation

  • Terdapat 5 tempat keluarnya Huruf-huruf Al-Quran. Sila rujuk gambar- gambar di bawah :

1. Untuk makraj huruf bahagian ini, ia adalah bagi huruf-huruf yang berikut:

  • Dari pangkal kerongkong  bagi huruf  أ dan ه .
  • Dari tengah tenggang bagi huruf  ح , ع
  • Dari hujung kerongkong bagi huruf  خ , غ

 

2. Ini adalah tempat makhraj huruf bagi kebanyakan huruf Alquran, ada 18 huruf yang terlibat iaitu:

  • Pangkal lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ atau berada di atas peti suara: ق

  • Pangkal lidah menyentuh langit-langit belakang: ك

  • Lidah bahagian tengah menekan langit-langit atas: ش , ج ,ي

  • Hujung lidah dirapatkan pada Gigi Geraham atas, dan Tepi Lidah (kiri dan kanan) ditekan ke Gigi Geraham: ض

  • Hujung permukaan lidah ditekan ke Gusi di atas Gigi Kapak atau Gigi Atas Bahagian Tengah: ل

  • Hujung lidah ditekan sedikit lebih ke atas dari makhraj Lam: ن

  • Hujung lidah dinaikkan ke langit-langit atas sedikit melengkung, sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ر

  • Hujung lidah ditekan ke Pangkal Gigi Kapak bahagian atas :  ت , ط , د

  • Hujung lidah ditekan ke belakang Gigi Kapak bahagian bawah :  ص , ز ,س

  • Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di ujung Gigi Kapak bahagian atas: ذ , ث,ظ

     

3. Bagi makhraj huruf kedua bibir pula, ada 2 bahagian sahaja.

  1. Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas  : ف
  2. Bibir Bawah dan Atas posisi rapat, yaitu و , م , ب

Penjelasan lanjut untuk bibir bawah dan atas dengan rapat adalah;

  • Menutup bibir lebih ringan: huruf  م

  • Menutup bibir sedikit lebih kuat: huruf  ب

  • Membulatkan bibir atas dan bawah :  و 

     

    4. Bagi maktaj huruf ini, ia merupakan makraj huruf untuk huruf-huruf Mad yang dilepaskan ke dalam Rongga Mulut iaitu :

     ـــــــــــــَــــــــــــ ا , ـــــــــــــُـــــــــــ وْ , ـــــــــــــِـــــــــــ يْ

    (baca sebagai Alif Mad, Wau Mad, Dan Ya Mad)

     

    5. Bagi makhraj huruf ini, khusus di bahagian pangkal hidung bahagian dalam, iaitu huruf-huruf yang dibaca dengung (ghunnah).

TONTON VIDEO DI BAWAH : 

Latih cara menyebut makhraj dengan betul dan rakam

Wallahua’alam…….